Sunday, March 9, 2014

SRI DAIK Homestay.

Kini beroperasi dibawah kendalian dan seliaan Halim Resources & Service...Selamat Menginap di homestay kami..

Saturday, February 16, 2013

PENUTUPAN RASMI AIDA HOMESTAY

Salam Muhibbah...

Dimaklumkan bahawa dengan rasminya AIDA HOMESTAY telah menutup perniagaannya sebagai sebuah homestay berkuatkuasa 15 Februari 2013. Ini kerana mode perniagaan telah ditukar kepada rumah sewa bulanan. Namun begitu, HRS dalam proses membuka sebuah homestay baru yang akan memulakan operasi tidak lama lagi sebagai langkah pengembangan bisnes bagi menggantikan penutupan homestay tersebut.

Sekian, Terima Kasih.

Monday, December 31, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Salam Muhibbah....

Pengurusan HRS mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013 kepada semua rakyat Malaysia dan kepada pelanggan yang telah menginap di DM Homestay & AIDA Homestay, kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan, dorongan, nasihat & teguran bagi memantapkan lagi perjalanan perkhidmatan yang kami sediakan. Semoga semua pelanggan kami akan diberikan kejayaan yang berpanjangan, kesihatan yang berterusan, keamanan yang kekal & dilimpahi dengan rezeki yang diredhai oleh Allah.

Monday, September 3, 2012

Pengurusan Baru

Salam Muhibbah & Salam Ceria....

Kini DM Homestay & Aida Homestay telah diuruskan dibawah pengurusan baru iaitu Halim Resources & Service ( HRS ) bagi memantapkan skala perniagaan kami sebagai penyedia perkhidmatan penginapan yang terbaik. Kini pengurusan homestay kami diletakkan dibawah HRS bagi memastikan kami mengekalkan mutu perkhidmatan yang berkualiti. Disamping itu juga pengurusan HRS turut mengendalikan pengurusan Yayasan Ibunda Jamilah ( YIJ ) yang mana 30% atas kadar bayaran yang dijelaskan oleh pelanggan kami akan dimasukkan ke dalam YIJ bagi tujuan sumbangan & kebajikan kepada pihak-pihak yang memerlukan. Bermotifkan SAMBIL MENGINAP SAMBIL BERAMAL, pihak kami mengalu-alukan kedatangan tuan/puan ke homestay kami. Sekian atas sokongan tuan/puan. TERIMA KASIH...

Saturday, June 16, 2012

Deposit RM50

Mulai 1 Julai 2012, pihak kami akan mengenakan deposit sebanyak RM50 bagi menerima tempahan DM Homestay dan Aida Homestay. Deposit ini terpaksa dikenakan disebabkan oleh beberapa pelanggan yang telah membuat tempahan tetapi tidak memaklumkan kepada pihak kami atas pembatalan tempahan tersebut atas faktor-faktor tertentu. Perkara ini amat mendukacitakan dan menyusahkan pihak kami bagi urusan menerima tempahan dari pelanggan yang lain. Oleh yang demikian, pengenaan caj deposit ini terpaksa dikenakan bagi membuktikan komitmen pelanggan dan tanggungjawab pelanggan atas tempahan yang telah dibuat. Pihak kami sentiasa berusaha untuk memantapkan kualiti perkhidmatan kami kepada pelanggan-pelanggan kami. Sekian terima kasih.

Saturday, March 17, 2012

Sambil Menginap Sambil Beramal...

Salam Muhibbah dr DM Homestay...

Mulai tahun 2012, dengan tertubuhnya Yayasan Ibunda Jamilah ( YIJ ), DM Homestay ( DMH ) akan membuat satu perubahan dalam sistem perniagaan penginapan dimana DMH akan memperuntukan 30% dari bayaran penginapan pelanggan akan disumbangkan ke dalam akaun YIJ bagi tujuan sumbangan dan kebajikan kepada masyarakat atau pertubuhan yang memerlukan. Walaupun sumbangan ini tidak besar tetapi makna disebalik tujuan ini dapat disampaikan dan mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah. Oleh itu, pelanggan yang menginap di DMH akan turut sama menjayakan sistem ini secara tidak langsung. Semoga dengan pelaksanaan sistem ini, operasi DMH akan lebih memberangsangkan dan sumbangan yang lebih besar dapat diperuntukkan bagi tujuan tersebut. Tahniah kepada pelanggan DMH dan terima kasih.

Saturday, October 8, 2011

SRI BAYU Homestay dikenali AIDA Homestay

Salam Muhibbah,

Untuk maklumat para pelanggan kami,kini Sri Bayu Homestay dikenali sebagai Aida Homestay bagi mengkomersialkan jenama franchisee...oleh itu segala tempahan yang dibuat melalui Sri Bayu Homestay diterimapakai oleh Aida Homestay...pihak kami mengalu-alukan kesetiaan anda untuk menginap di homestay kami...sekian untuk maklumat...